Pages

Sunday 18 December 2016

7 PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU KEBAIKAN KOLOSTRUM

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua...Semoga kita semua diberikan kesihatan dan keberkatan oleh Allah s.w.t
Hari ini saya ingin bercerita serba sedikit tentang KOLOSTRUM,susu pertama terhasil dan sangat berkhasiat serta mengandungi banyak gizi dan zat zat pertahanan tubuh
APA ITU KOLOSTRUM???
Adakah anda perasan seawal 1 jam selepas bersalin,jurururawat akan menggalakkan si ibu menyusui bayinya?
1)TEMPOH PENGHASILAN
Kolostrum ini terhasil semasa trimester terakhir kita mengandung hingga beberapa hari selepas bersalin.
2)WARNA
Ianya adalah susu yang pekat,melekit dan bewarna kekuningan
3)KANDUNGAN
Kolostrum (IgG) mengandungi banyak karbohidrat,protein,antibodi dan sedikit lemak yang membantu pembentukan bakteria baik untuk penghadaman bayi

4) ELAK JAUNDIS
Sistem pencernaan bayi belum sempurna,jadi kolostrum memberi nutrisi dalam kosentrasi yang tinggi bagi membantu mengeluarkan mekonium dengan segera bagi mencegah jaundis 

5)PERLINDUNGAN
Kolostrum juga bertindak sebagai pelapik yang melindungi usus bayi dari jangkitan.

6)KUANTITI
Jangan risau jika kuantiti kolostrum dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit sesuai dengan saiz perut bayi.

7)IMUNISASI PERTAMA
Kolostrum juga mengandungi nutrien yang penting untuk pertumbuhan bayi serta bertindak sebagai imunisai pertama untuk menentang bakteria

Jadi tidak hairanlah jika dikatakan bayi yang menyusui sepenuhnya dengan susu ibu akan kurang mendapat jangkitan seperti demam,selsema dan batuk..

Inilah pentingannya permulaan awal penyusuan susu ibu bagi memastikan kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif bagi memastikan bayi mendapat kolostrum yang cukup serta mengelakkan si ibu menghadapi bengkak payudara dan menggalakkan pengecutan rahim dan mengelak berlakunya tumpah darah

Bagi memastikan produksi susu sentiasa mencukupi untuk bayi anda,boleh amalkan pengambilan suplemen dari Shaklee yang sentiasa selamat,semulajadi dan berkesan.

Rakan Shakleè Anda
kamilah hassan
0125841055

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...