Pages

Sunday 18 December 2016

7 PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU KEBAIKAN KOLOSTRUM

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua...Semoga kita semua diberikan kesihatan dan keberkatan oleh Allah s.w.t
Hari ini saya ingin bercerita serba sedikit tentang KOLOSTRUM,susu pertama terhasil dan sangat berkhasiat serta mengandungi banyak gizi dan zat zat pertahanan tubuh
APA ITU KOLOSTRUM???
Adakah anda perasan seawal 1 jam selepas bersalin,jurururawat akan menggalakkan si ibu menyusui bayinya?
1)TEMPOH PENGHASILAN
Kolostrum ini terhasil semasa trimester terakhir kita mengandung hingga beberapa hari selepas bersalin.
2)WARNA
Ianya adalah susu yang pekat,melekit dan bewarna kekuningan
3)KANDUNGAN
Kolostrum (IgG) mengandungi banyak karbohidrat,protein,antibodi dan sedikit lemak yang membantu pembentukan bakteria baik untuk penghadaman bayi

4) ELAK JAUNDIS
Sistem pencernaan bayi belum sempurna,jadi kolostrum memberi nutrisi dalam kosentrasi yang tinggi bagi membantu mengeluarkan mekonium dengan segera bagi mencegah jaundis 

5)PERLINDUNGAN
Kolostrum juga bertindak sebagai pelapik yang melindungi usus bayi dari jangkitan.

6)KUANTITI
Jangan risau jika kuantiti kolostrum dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit sesuai dengan saiz perut bayi.

7)IMUNISASI PERTAMA
Kolostrum juga mengandungi nutrien yang penting untuk pertumbuhan bayi serta bertindak sebagai imunisai pertama untuk menentang bakteria

Jadi tidak hairanlah jika dikatakan bayi yang menyusui sepenuhnya dengan susu ibu akan kurang mendapat jangkitan seperti demam,selsema dan batuk..

Inilah pentingannya permulaan awal penyusuan susu ibu bagi memastikan kejayaan penyusuan susu ibu secara eksklusif bagi memastikan bayi mendapat kolostrum yang cukup serta mengelakkan si ibu menghadapi bengkak payudara dan menggalakkan pengecutan rahim dan mengelak berlakunya tumpah darah

Bagi memastikan produksi susu sentiasa mencukupi untuk bayi anda,boleh amalkan pengambilan suplemen dari Shaklee yang sentiasa selamat,semulajadi dan berkesan.

Rakan Shakleè Anda
kamilah hassan
0125841055

Thursday 15 December 2016

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum semua...
Ramai yang bertanyakan seronok ke menyusu sepenuhnya susu ibu kepada bayi...
tapi apa kelebihannya...
Kat sini saya ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan serba sedikit tentang kebaikan amalan ini...
Pada saya, alhamdulillah..... kedua2 anak saya mendapat kebaikan susu ibu nie....In shaa Allah,saya bakal melahirkan anak ke 3 pun berazam untuk memberikan susu badan saya sendiri kepadanya
KEPENTINGAN SUSU IBU KEPADA BAYI
 membekalkan pemakanan yang ideal kepada bayi
 melindungi bayi daripada jangkitan
 menguatkan imun badan bayi
 mencegah sebahagian daripada punca kematian bayi
 mengurangkan risiko alahan kepada bayi
 mengurangkan risiko JUVENILE ONSET DIABETES
 susu ibu adalah susu yang mudah dihadam oleh perut bayi
 mengurangkan risiko obesiti dewasa dan dilewat usia
 sedia diminum dan sentiasa menepati keperluan bayi
Itu baru kebaikan kepada bayi...masya Allah, baguskan....apa kata kita tengok pulak kebaikan penyusuan susu bayi ini kepada ibunya sendiri
FAEDAH PENYUSUAN SUSU IBU KEPADA IBU
✔ membantu mempercepatkan oengecutan rahim ibu,mengelakkan anemia serta berlakunya tumpah darah
✔ mengurangkan risiko BARAH PAYUDARA DAN BARAH OVARI
✔ membantu menurunkan berat badan ibu ketika hamil dengan gabungan penjagaan diet dan senaman
✔ dapat menjarakkan kehamilan yang akan datang
✔ mengeratkan hubungan antara ibu fan anak
✔ menjimatkan pembelanjaan keluarga
Justeru,untuk membanyakkan susu badan perlulah anda mengambil makanan seimbang serta boleh juga jika ingin mengambil suplemen untuk amalan ini
Saya sendiri mengambil SET MENYUSU SHAKLEE supaya stok susu saya mencukupi untuk bayi saya bila mula bekerja nanti...
Nantikan entry saya seterusnya bagaimana utk banyakkan susu ibu serta peyimpanannya....
Pengedar Sah Shaklee
Kamilah Hassan
0125841055

Wednesday 14 December 2016

TEKNIK BERSALIN YANG MUDAH,TENANG DAN SELAMAT

Alhamdulillah,hari nie dah 37 minggu...
In sha Allah,bila2 masa saja baby akan keluar...
Apa itu gentle birth?
Gentle birth adalah "teknik bersalin dengan mudah, tenang & selamat serta mengurangkan rasa sakit sebelum, semasa & selepas bersalin"
Amazing kan?? Memang amazing sangat kalau kita tahu cara & teknik utk memanipulasi minda separa sedar terhadap sakit yang dirasai kepada perkara yang indah2 sekaligus mengurangkan/menghilangkan rasa sakit  
[  7 TIPS DAPATKAN GENTLE BIRTH ]
1️⃣ TEKNIK PERNAFASAN YANG BETUL
Contraction adalah saat yang sakit buat ibu2 yang hampir melahirkan. Ada yang cakap sakit nak patah pinggang, sakit berkali ganda dari senggugut, sakit mcm nak putus urat. Semua tu hanya gambaran & istilah sahaja. Percaya tak, sakit yang digambarkan tu sebenarnya boleh hilang/kurang dengan teknik pernafasan yang betul.
Mcm mana??
Saat contraction dtg, siap sedia tarik nafas sedalam yang boleh kemudian lepaskan perlahan melalui mulut tanpa mengeluarkan suara. Ulang 3-5 kali, insyaAllah sakit tadi akan berkurang. Teknik pernafasan nie bukan je buat sakit tersebut berkurang tapi ia juga buat kita lebih tenang.
**teknik pernafasan yang lain boleh baca buku "Hypnobirthing, the mongan method"
2️⃣ AKTIFKAN MINDA SEPARA SEDAR
Minda separa sedar tidak berfungsi secara logik tapi ia lebih kepada imaginasi, rasa hati & emosi.
Contoh:
Minda sedar: aku nak bersalin normal
Minda separa sedar: boleh ke normal? Anak 1st nie, mcm susah je...(ini yg perlu kita tukar)
Minda separa sedar nie 90% dalam diri. Dengan  menguasainya, kita mampu mencapai apa saja yang dihajati. Inilah kekuatan luar biasa yang tak terjangkau oleh akal fikiran manusia.
Mcm mana nak aktifkan minda separa sedar?
Kita boleh aktifkan saat dalam keadaan tenang dengan suasana yang tenang. Paling senang adalah saat kita nak tidur. Bercakap dengan diri sendiri apa yang kita nak esok & berdoa minta pada Allah. Ulang & terus ulang.
Mcm ummi, masa preggy anak ke 2 & 3, setiap masa dan setiap hari sentiasa cakap dalam hati:
-baby bersalin 38 minggu
-mudah bersalin
-bersalin normal
-lepas bersalin tak sakit2
-dalam labour room setengah jam je
-kembali berat asal
Alhamdulillah..semua yang di atas berjaya! Cuma yang berat je tak tahu lagi. Anak ke 2 berjaya, yang ke 3 nie tak tahu lagi. Ummi hanya aktifkan minda separa sedar semasa di awal kehamilan hingga saat nak bersalin. Alhamdulillah berhasil!
3️⃣ POSITIF
Amalan positif nie memang sentiasa perlu dipraktikkan. Sebab bila kita positif, kita akan tarik benda2 positif di sekeliling kita. Sebab tu pantang buat ibu2 hamil bersedih!
Saat nak bersalin, penting utk kita set dlm minda KATA2 POSITIF seperti
-ummi kuat!
-baby mesti keluar dgn selamat!
-ummi boleh!
-Allah bantu!
Bagi semangat pada diri sendiri! InsyaAllah ia sangat membantu memudahkan proses kelahiran!
4️⃣ LAMA DALAM SUJUD
Ini adalah salah satu teknik mempercepatkan bukaan rahim & sujud juga mampu menghilangkan rasa sakit contraction. Untuk ibu2 yang tahu kandungan sonsang, cara ini mampu betulkan kedudukan baby.
5️⃣ TUKAR SAKIT KEPADA NIKMAT
Saat contraction datang, cuba imagine perkara2 yang indah. Ummi masa dlm labour room, saat contraction makin tinggi, terus convert sakit tadi dengan imagine baby dah selamat, baby sihat, comel, suami azankan baby. Ummi terus create cerita yang best2 & what u guess?? Sakit tu hilang! Alhamdulillah
6️⃣ ZIKIR & DOA YUNUS
1 perkara dapat buat kita lebih tenang iaitu berzikir. Saat sakit datang, berzikir. Ingat akan kebesaran Allah. Semua tu dapat kurangkan rasa sakit.
Lepas tu baca doa yunus:
"Lailahaila anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin"
InsyaAllah sakit tadi akan hilang..
7️⃣ MAKAN KURMA & AIR ZAM2
Kurma & air zam2 sangat berkhasiat dan mampu memberi tenaga segera pada badan. Lagi2 masa masuk labour room, kalau sempat jangan tinggalkan 2 benda nie. InsyaAllah ia juga dapat membantu memudahkan proses kelahiran serta memberi tenaga yang luar biasa!
8 AMALKAN SUPLEMEN
Pengambilan suplemen Shaklee semasa mengandung dapat mengurangkan kesakitan semasa bersalin..OSTEMATRIX SHAKLEE bukan sahaja mengurangkan kekejangan kaki semasa mengandung tetapi dikatakan mampu mengurangkan lenguh2 badan,mengurangkan sakit pinggang serta meningkatkan kualiti tidur disamping memberikan sumber kalsium kepada ibu dan bayi yang dikandung
**Semoga perkongsian yang kecil nie memberi manfaat pada ibu2 di luar sana. InsyaAllah. Akhir sekali, buat ibu2 yang bakal melahirkan anak pertama, jangan takut. Melahirkan baby adalah perjalanan yang sangat menakjubkan! Rasai kehebatan & kekuasaan yang Allah beri buat anda insan2 terpilih! Go go fighting! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...